صرف/SARAF/SORF: Kepentingan Mempelajari Ilmu Sorf

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU SOROF (الصرف)

Mengetahui sorof (kaji bentuk perkataan) adalah sangat penting dalam mempelajari Bahasa Arab kerana dengan perubahan bentuk atau ‘sighah’ sesuatu perkataan, maka perkataan itu akan berubah sama sekali.

Ibnu Faris rahmatullah alaih berkata bahawa seseorang yang tidak mengetahui ilmu sorof sebenarnya telah kerugian banyak perkara.

‘Allama Zamakhshari rahmatullah ‘alaih telah menukilkan dalam kitab Tafsir ‘Ujubat bahawa oleh kerana tidak mengetahui ilmu sorof, ada orang tertentu telah menterjemahkan ayat ini:


يَوْمَ نـَـدْعـُـواْ كـُـــلَّ أ ُنـَـاس بـِـإ ِمـَامِهـِـمْ

Pada hari kami akan memanggil setiap manusia bersama ibunya.”

Sedangkan terjemahan yang sebenar ialah,

“Pada hari kami akan memanggil setiap manusia bersama pemimpinnya.”

Dia menyangka bahawa perkataan ‘imam’ yang menunjukkan bilangan seorang ‘ketua’ adalah jamak kepada perkataan ‘umm’ yang membawa makna ‘ibu’.

Sekiranya dia mahir dalam ilmu sorof, dia sudah tentu faham bahawa perkataan yang menunjukkan bilangan ramai bagi perkataan ‘umm’ أ ُمٌّ bukanlah ‘imam’ إ مام sebaliknya

‘ummahaat’ أ ُمـَّـهـَـات

Rujukan:

Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya r.alaih. 2002. FADHILAT AL-QUR’AN. Kuala Lumpur : Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s 24

http://ArabMykrk.com

print this pagecetak/print (Untuk kebaikan anda, sila cetak semuka demi semuka.)
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. صرف/SARAF/SORF: Pendahuluan عـِـلـْـمُ الصـَّـرْفِ Sorof (ii)
  2. نحو/NAHU : Kepentingan Mempelajari Ilmu Nahu
  3. صرف/SARAF/SORF: Pelajaran 2 : الفعل الرباعى المجرد
  4. صرف/SARAF/SORF: Tamrin / Latihan Pelajaran 1 & 2
  5. صرف/SARAF/SORF:WAZAN Feel Thulathi Mazid Biharfin.
  6. صرف/SARAF/SORF:WAZAN Feel Thulathi Mazid Biharfin. فـَــاعـَــلَ يـُــفـَــاعـِــل
  7. صرف/SARAF/SORF:WAZAN Feel Thulathi Mazid Biharfin. أ َفـْـعـَـلَ يُفـْـعـِــلُ إ ِفـْـعـَــالٌ

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.