Blog lama:
HAYYA BIL-ARABIAH RADIO IKIM.FM
1. أ َيُّ شـَـئ: apa-apa / apa saja : anything
2. كـُـلُّ شـَـئ : Semuanya : everything
3. أ ُحـِـبُّ: saya suka : i love
4. أ َوَّلاً: dulu : first (i)
أ َوَّلاً: dulu : first (ii)
5. بـِـسـُـهــولـَـةٍ: dengan mudah
6. رُبَّـمـَـا: mungkin : barangkali : boleh jadi : maybe
7. مـِـن َ الأ َفـْضـَـل : lebih baik : better
8. بـَـعـْـدَ ذ َٰلِكَ: selepas itu : kemudian : then : thus : later
9. بـِـسـُـرْعـَـةٍ : cepat : quickly : fast
10. لـَـمْ أ َتـَـوَقـَّـعْ : tak sangka : not suspected
11. حـَـتـَّى الآنَ : sampai sekarang
12. دَائـِـمًا : selalu : sentiasa : always
13. عـِنـْـدِى : saya ada : saya mempunyai :
14. عـِـنـْـدَمـَـا : apabila : ketika : during : when.
15. أ َتـَـمَـنَّى : saya harap.
16. مِـنْ حـُـسْـن ِ الـْـحـَـظِّ : nasib baik : lucky : fortunate.
17. لـَٰـكـِنْ : tetapi : but.
Tajuk-tajuk berikut memang belum disiarkan lagi:
18. لـِـمـَـاذ َا : kenapa : why.
19. مـَـا فِـيهِ مـُـشـْـكِـلـَـة : tiada masalah : no problem.
20. عـَـن ْ طـَـر ِيْـق : melalui : via : across : through.
21. بـَـعـْـدَ غـَـدٍ : lusa
22. غـَـيـْرُ مُـهـِـمٍّ : tidak penting : insignificant, worthless.
23. الـْـبـَـار ِحـَـةَ : malam tadi :
24. بـِـجَـانِـب : sebelah : tepi : side
25. بـِـدُون : tanpa : without
26. مـِـن َ الأفـْـضـَـل : lebih baik : better
27. بـِـصـَـرَاحَـةٍ : terus terang : openness
28. عـَـلـَى الأ َقـَـلَّ : sekurang-kurangnya : at least
29. فـَقـَطْ : sahaja : only, just
30. اِصـْـبـِـر ِى/ اِصـْـبـِـرْ : sabarlah : to be patient
31. اِسـْـتـَـمـِـعـِــى جـَـيـِّـدًا/ اِسـْـتـَـمـِـعْ جـَـيـِّـدًا : dengarlah baik-baik
32. بـِــصـُــعـُــو ْبـَــةٍ : dengan susah payah
33. بـِــدُوْن ِ شـَــكٍّ : tanpa keraguan
34. أ َلَيـْــسَ كـَــذ َٰلِكَ : Bukankah begitu?
35. كـَــمـَــا تـُــر ِيـْــدُ / كـَــمـَــا تـُــر ِيـْــد ِيـْــنَ : ikut kehendak awak
36. إ ِلـَــى مـَــتـَــى : sampai bila?
37. سـَــو ِيـًــا : bersama-sama.
38. إ ِضـَــافـَــة ً إ ِلـَــى ذ َٰلِكَ: tambahan pula.
39. أ َخـِــيـْــرًا : akhirnya.
40. بـِــالـضــَــبـْــطِ : tepat, betul, benar.
41. لاَ أ َتـَــحـَــمـَّــلُ : saya tak tahan.
42. فـِــى هَـٰـذ َا الـْــوَقــْــتِ : buat masa sekarang.
43. إ ِذ ًا : jadi?, habis tu?
44. أ َعـِــدُكَ : saya berjanji kepada awak.
45. سـَــأ ُحـَــاو ِلُ : saya akan cuba.
46. أ َحـْــسـَــنـْــتَ : bagus!, syabas!
47. قـَــر ِيــْــبـًــا : pada masa terdekat: soon.
48. عـَــلـَــى أ َيّ ِ حـَــالٍ : walau bagaimanapun.
49. تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا : lebih kurang.
50. يـَــكـْـفـِــى : cukup.
51. لاَ أ َز َالُ : saya masih.
52. بـِــنـَــفـْــسـِــى : saya sendiri: by myself.
53. لاَ سـِــيـَّــمـَــا : terutamanya, khususnya
54. مـَــعـْــقـُــوْلٌ : boleh tahan
55. هـَــيـَّــا : jom
56. فـِــى الـْــمـُــسـْــتـَــقـْــبـَــلِ : pada masa depan
57. قـَـدْرَ الإ ِمـْــكـَــان : sebaik-baik mungkin
58. قـَــلـِــيـْــلاً : sedikit
59. عـَــلـَــى الـْــعـَــكـْــس : sebaliknya
60. هـُــنـَــاكَ : di sana
61. هــَــلْ يـُــمـْــكـِــنُ؟ : bolehkah
62. أ َخـْــبـِــرْنـِــى / أ َخـْــبـِــر ِيـْــنـِــى : bagi tahu saya , beritahu saya: tell me
63. لـَــيـْــسَ شـَــرْطـًــا : tidak semestinya
64. جـَــيــِّـــدٌ جـِــدّ ًا : sangat baik
65.ً فـَــجـْــأ َة : tiba-tiba
66. بـِــشـَــرْطٍ : dengan syarat
67. بـِــأ َسـْــرَعَ مـَــا يـُــمـْــكـِــنُ : secepat mungkin
68. لاَ تـَــخـَــفْ : jangan takut
69.ً مـَــرّ َة ً وَاحـِــدَة : sekali gus
70.بــِــاسـْــتـِــمـْــرَارٍ : berterusan : selalu : sentiasa
71.بــِــشـَــأ ْن : mengenai
72.لـِــمـُــدَّةِ : selama
73. مـِــن ْ أ َيـْــنَ : dari mana?
74. حـَــقـّـًــا : yekah?
75. بـِــالـْـقـُــرْب ِ مـِــنْ : berhampiran dengan
76. بـِـبُـطْءٍ : dengan perlahan
77. فـِــى الـْـمـِـائـَـةِ : peratus
78. بـِـمـُــنـَــاسـَــبـَــةِ : sempena
79. لاَ أ َقـْــدِرُ : saya tidak mampu
80. لـَــكَ : untuk awak
81. بـِــالـنـِّــسـْــبـَــةِ لـِــى : bagi saya
82. عـَــلـَــى الإطـْــلاَق : langsung
Contoh dua situasi tanpa penerangan lengkap
KOMUNIKASI / DIALOG ASAS
1.1 : كـَـيـْـفَ حـَـالـُـكَ؟ : Apa Khabar?
1.2: ِصـَـبـَـاحُ الـْـخـَـيْـر : Selamat pagi : Good Morning
1.3: نـَـهـَـارُكَ سـَـعـِـيـْدٌ : Selamat Siang : Good Day
1.4: مـَـسـَـاءُ الـْـخـَـيـْـرِ : Selamat Petang : Good Evening
1.5: لـَـيـْـلـَـة ٌ سـَـعـِـيـْـدَة : Selamat Malam : Good Night
PELAJARAN 2 : التـَّـعَرُّفُ : Perkenalan
2.1: Uthman dan Umar
2.2: Aisyah, Khadijah dan Maryam
2.3: Khairuddin Kelantan dan kawan dari Indonesia
PELAJARAN 3 : الـْـوَظـِـيـفـَـة : Pekerjaan
3.1:Pegawai kerajaan dan peniaga
3.2:Petani, ketua kampung, guru
3.3: Pekerja Syarikat Proton dan Kementerian Pelajaran
PELAJARAN 4 : السـَّـكـَـنُ : Tempat Tinggal
4.1 Tempat Tinggal (1) Aisyah dan Fatimah
4.2 Tempat Tinggal (2) Abdul Qadir
PELAJARAN 5 : الـْـعـُـمـْـرُ : Umur
PELAJARAN 6 : الـْـوَقـْـتُ : Waktu
BAHASA (LUGHAH)
Rujukan: The Madinah Books Series
الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها (الجزء الأول). المملكة العربية السعودية وزارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة
هَـٰـذ َا : Ini
مَا هَـٰـذ َا : Apakah / Apa ini?
أ َهَـٰـذ َا : Adakah ini……?
مَـنْ : Siapakah
مـَــا : Apakah
أ : Adakah
نـَعَـمْ : Ya
لاَ : Tidak
Isim nakirah : الإسماء النكرة : Kata nama am
Pelajaran 1.1 : هَـٰـذ َا : Ini
Pelajaran 1.3 : Latihan 1 – مَا هَـٰـذا : Apakah / Apa ini?
Pelajaran 1.4 : Latihan 2 -أهَـٰـذا : Adakah ini……?
Pelajaran 1.5 : Latihan 3 – Baca dan Tulis
Pelajaran 1.7 : Latihan 4 – Baca dan tulis
Pelajaran 1 – Jawapan Latihan 1, 2, 3, 4
Pelajaran 1 – Penerangan versi Bahasa Inggeris
PELAJARAN 2
ذ َ ٰ لـِـكَ : itu
وَ : dan
Pelajaran 2 : ذ َ ٰ لـِـكَ : itu, وَ : dan. Kamus
Pelajaran 2 – Penerangan versi Bahasa Inggeris
PELAJARAN 3
alif lam (ال)
Pelajaran 3.2 : Contoh alif lam (ال)
Pelajaran 3.3 : alif lam (ال) Tamrin / Latihan 1 dan 2
Pelajaran 3.4 : ال (alif lam) Jawapan Tamrin / Latihan 1 dan 2
Pelajaran 3.4 : ال (alif lam) Soalan Tamrin / Latihan 3 dan 4
Pelajaran 3.5 : ال (alif lam) Jawapan Tamrin / Latihan 3 dan 4
Pelajaran 3.6 : ال (alif lam qamariah dan syamsiah ) Dan Tamrin / Latihan 1,2 dan 3
Pelajaran 3.7 : ال (alif lam qamariah dan syamsiah ) Jawapan Tamrin / Latihan 1,2 dan 3
Pelajaran 3.8 : ال (alif lam qamariah dan syamsiah) Jadual huruf dan contoh, latihan
Pelajaran 3.8 : ال (alif lam qamariah dan syamsiah) Jawapan latihan
PELAJARAN 4
فى، على، من، على
Pelajaran 4.1: Penerangan Isim yang MAJRUR, فـِــى : di, di dalam, عـَــلـَــى : di atas.
Pelajaran 4.1: Cara membariskan nama orang lelaki dan perempuan, Latihan
Pelajaran 4.2: Penerangan Isim yang MAJRUR, مـِــنْ dari, daripada, إ ِلـَــى : ke, kepada
Pelajaran 4.2: Latihan 1, 2, 3 ( مـِــنْ = dari, daripada, إ ِلـَــى = ke, kepada)
Pelajaran 4.2: Jawapan Latihan 1, 2, 3 ( مـِــنْ = dari, daripada, إ ِلـَــى = ke, kepada)
Pelajaran 4.2: Soalan Latihan 4 (من – إلى – فى – على)
Pelajaran 4.2: Jawapan Latihan 4 (من – إلى – فى – على)
PELAJARAN 5
مضاف
Pelajaran 5.1: Mudhof dan Mudhofun Ilaih, Penerangan dan latihan 1
Pelajaran 5.1: Jawapan latihan 1
هذه
PELAJARAN 7
هذا، هذه، ذلك، تلك
PELAJARAN 8
هذا، ذلك، هذه، تلك
PELAJARAN 9
صفة
PELAJARAN 10
لى، لك، له، لها
PELAJARAN 11
بيتى
PELAJARAN 12
مذكر، مؤنث
PELAJARAN 13
اسم الإشارة للقريب – هذا، هؤلاء
اسم الإشارة للبعيد – ذلك اولئك
PELAJARAN 14
جمع
PELAJARAN 15
ڤروبهن٢ فعل مذكر –> مؤنث، مفرد –> جمع
الضمائر المنفصل
PELAJARAN 16
تمارين
هذا، هؤلاء، اولئك
اسم الإشارة للقريب، للبعيد
عاقل، غير عاقل
PELAJARAN 17
جمع تكسير
PELAJARAN 18
مثنى، جمع
PELAJARAN 19
جمع تكسير، العدد
PELAJARAN 20
جمع مؤنث سالم
العدد ١،٢،٣،٤،٥……
PELAJARAN 21
مدرستى
PELAJARAN 22
الممنوع من الصرف
PELAJARAN 23
تمارين
NAHU
Kepentingan Mempelajari Ilmu Nahu
PELAJARAN 1: PERKATAAN DAN AYAT: الكلمة والكلام
Pengertian Perkataan dan Ayat تعريف الكلمة والكلام, latihan
PELAJARAN 2 : (Al-kalimah (الكلمة) : perkataan) terbahagi kepada 3 bahagian:
i. الإسم : Isim: nama : noun
ii. الفعـل: Fe’el: perbuatan : katakerja : verb
iii. الحرف : Huruf : particle.
PELAJARAN 3: Isim terbahagi kepada 2 bahagian: تـَـقـْـسـِـيـْــمُ الإسْــم إلـَــى مـُــذ َكـَــر وَمُــؤَنـَّــثٍ
i. Muzakkar مـُــذ َكـَّــر (lelaki / jantan)
Contoh-contoh muzakkarمـُــذ َكـَّــر (lelaki / jantan)
ii. Mu’annath مُــؤَنـَّــثٍ (perempuan / betina)
Contoh-contoh dan wazan-wazan Alif Maqsurah
Contoh-contoh dan wazan-wazan Alif Mamdudah
Tip mengenal pasti sesuatu perkataan itu adalah mu’annath
PELAJARAN 4 : المفرد والمثنى والجمع
PELAJARAN 5 : الجملة الإسمية والجملة الفعلية
PELAJARAN 6 : المبتدأ والخبر
PELAJARAN 7 : الجملة الفعلية تتركب من الأفعال الماضية
SORF / SARAF
Kepentingan Mempelajari Ilmu Sorf
Pendahuluanعـِـلـْـمُ الصـَّـرْفِSorof (i)
Pendahuluanعـِـلـْـمُ الصـَّـرْفِSorof (ii)
PELAJARAN 1
الفعل الثلاثى المجرد
1.1:الفعل الثلاثى المجرد English version
1.2 :أوزان الفعل الثلاثى المجرد
1.2 :أوزان الفعل الثلاثى المجرد menurut urutan wazan yang terbanyak digunakan:
1.3 : Contoh-contohالفعل الثلاثى المجرد (Kamus)
1.4 : Kesimpulan Pelajaran 1 : الفعل الثلاثى المجرد
PELAJARAN 2
الفعل الرباعى المجرد
2.1: الفعل الرباعى المجرد dan contoh-contoh
TAMRIN / LATIHAN PELAJARAN 1 & 2 :الفعل الثلاثى المجرد والفعل الرباعى المجرد
PELAJARAN 3
الفعل الثلاثى المزيد
3.1: Wazan Feel Thulathi Mazid Biharfin. فـَــعـّـَــلَ يـُــفـَــعِـّــلُ تـَــفـْــعـِــيـْــلٌ
3.3: Wazan Feel Thulathi Mazid Biharfin. أ َفـْـعـَـلَ يُفـْـعـِــلُ إ ِفـْـعـَــا لٌ
3.4 Senarai Contoh Wazan Feel Thulathi Mazid Biharfin
PELAJARAN 4 : االرباعى المزيد
PELAJARAN 5 : صحيح
PELAJARAN 6 : مضاعف
مثال
أجوف
ناقص
اللفيف
الملتوى
الأسماء المشتقة
اسم الفاعل
اسم المفعول
صيغ المبالغة
الصفة المشبهة
اسم التفضيل
اسما الزمان والمكان
اسم الآلة
GALERI
2. ( Beg: مـِحـْـفـَـظـَة ) ( Payung: مـِـظـَـلــَّـة ) (Tuala Mandi: مـِـنـْـشـَـفـَـة )
3. Apa Cita-cita Awak? : مـَـا آمـَـالـُـك؟
4. Satu Perkataan Banyak Makna ( بـَـيـْت )
5. Haiwan-haiwan : ا َلـْـحـَـيَوَانـَـات / حيوان
6. Cuaca : الطـَّقـْـسُ / چواچا
7. Alam Semesta : الطـَّـبـِـيـعـَـة ُ / عالم سمستا
8. Perbualan Telefon : ا َلـْـمـُـحـَـاوَرَة ُالـْـهـَـاتـِـفـِـيـَّـة
9. Wanita : مـَــرْآة Cermin : مـِــرْآة
10. Anggota Badan : أ َعـْــضـَــاءُ الـْــجـِــسـْــم
11. Tarikh Dan Peristiwa : التـَّــوَار ِيـْــخُ وَالـْــحـَــوَادِيـْــثُ
12. This is a man, This is a leg (رجل)
13. Makanan dan Minuman (الطعام والشراب)
15. Selamat Hari Raya : كـُلّ ُ عـَـام ٍ وَأ َنـْـتـُـمْ بـِـخـَـيْرٍ
16. Buah-buahan : فـَــاكـِــهـَــة (buah) : فـَــوَاكـِــهُ (buah-buahan)
17. Cuti Sekolah
JADUAL BELAJAR BAHASA ARAB
JANGAN LUPA UNDI DI SINI YE!






Assalamualaikum.
Eh, nak tanyalah. Kenapa suka Perbualan Asas? Suka Bahasa Arabnya ke suka Bahasa Urdhunya?
. Saya nak tulis banyak-banyak tentang perbualan asas agak ‘takut’ sikit sebab saya hanya merujuk kepada sebuah buku sahaja. Walaupun saya meletakkan nama penulis tersebut sebagai rujukan, tapi rasanya macam tak patut kan?
Cuba-cuba cari buku lain, eh, masa terjumpa tu tak bawa duit lebihlah pulak! Sekali cari lagi, sudah habis, cari lagi, takde lagi…….
.
Kalau Bahasa Urdhu tu adalah dalam buku nota, Bahasa Benggali pun ada……….. kiamunasen? Balo acheh……..
………= Kabare? Kabare waras (Jawa)…….Aga gareba? Gareba medicing (Bugis)…… dulu saya sekolah Arab di perkampungan orang Bugis…. teringat-ingat burasak dan lepat luih …….. emmmm nyam nyam…..
saya dalam proses nak karang novel. Saya nak tahu subjek apa yang ditawarkan di sekolah arab. Suasana sekolah arab macam mana ah?
Salam.
Terima kasih atas respon saudari.
Subjek-subjek yang ditawarkan (pada akhir tahun 80-an) ialah;
Ibtida’i (menengah rendah – 4 tahun – wujud di semua daerah di negeri Johor)
al-Qur’an, Tauhid, Feqah, Nahu, Saraf, Tarikh, Insya’ (karangan), Imla’ (ejaan), al-Mutolaah, al-Mahfuuzot.
Thanawi (menengah tinggi – 4 tahun – Maahad Johor)
Tafsirul Qur’an, Hadith dan Mustholahul Hadith, Tauhid, Feqah, Usul Feqah, Nahu, Saraf, Balaghah, Mantik, Insya’, Adab Arabi (Sastera Arab), Nusus, Tarikhul Islamiy, Ulumul Qur’an, Mutola’ah, Hafazan al-Qur’an.
Peperiksaan awam seperti; PMR (dulu SRP), SPM, STPM kami ambil seperti biasa dan tentulah dengan tambahan subjek Bahasa Arab dan Agama Tinggi, Syariah, Usuluddin.
Sekarang tentunya berbeza – sila rujuk kepada guru-guru yang sedang mengajar di sekolah menengah agama / arab.
Suasana sekolah Arab? Seingat saya kalau ada 40 orang murid dalam sekelas tu, murid lelaki cuma 10 -13 orang dan mereka semua duduk di bahagian hadapan.
Pergaulan antara lelaki dan perempuan amat terbatas. Kalau saya ditanyakan nama murid berlainan jantina yang bukan sekelas memang saya tidak kenal kecualilah dia memang glamour spt. ketua pelajar dsbg.
Saya juga generasi murid sekolah arab yang tinggal di asrama dan memasak sendiri – setiap orang mempunyai dapur minyak tanah serta peralatan dapur dan bahan untuk memasak sendiri. Balik sekolah kena masak, belilah seekor ikan yang berharga 20 sen atau apa-apa saja yang hendak dimasak. Selepas makan dan solat pergi ke sekolah agama kerajaan negeri Johor pula. Tahun peperiksaan PMR, SPM, STPM kami akan mengambil tusyen selepas waktu sekolah arab (kadang-kadang bersekolah 7 hari seminggu). Kekuatan kami banyak bergantung kepada doa yang berterusan daripada ibu bapa masing-masing, juga keikhlasan ustaz ustazah yang mengajar kerana gaji mereka …….. oh….. Syukur alhamdulillah kami dikurniai ibu bapa dan guru-guru seperti mereka. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Itu dulu, sekarang saya tidak pasti.
Semoga saudari berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Selamat berkarya.
Setiap negeri, sedikit berbeza subjek2 yg dipelajari, peperiksaan yg diambil & cara pengurusannya. di sini saya ingin berkongsi ttg sekolah agama / sekolah arab di kedah.
Ini hanya berkaitan Sekolah Menengah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SAR) krn ia dlm kategori sekolah arab.. Tidak termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), krn ia sprt sekolah kebangsaan lain.. Di Kedah, terdapat banyak sekolah sebegini (SAN & SAR), kebanyakannya dibangunkan atas hasil pengetua & pengasas sekolah itu sendiri (kewangan, idea dll). ada juga yang dibangunkan oleh kerajaan negeri, seperti Maahad Mahmud, yang kini memiliki banyak cawangan di seluruh negeri. skrg ni pengurusan sekolah arab di kedah terbahagi kepada 3, samada ia diuruskan (bayaran gaji guru, pemilihan guru, infrastruktur sekolah dsb) oleh :
1- persendirian (cth Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah),
2- kerajaan negeri (cth Maahad Mahmud),
3- kerajaan persekutuan (SABK = sekolah agama bantuan kerajaan, cth Sekolah Menengah Agama Darussa’adah)..
Sekarang ni (1990-an hingga skrg) kehidupan di sekolah arab tak macam dulu2 (di kedah, dulu dipanggil sekolah pondok).. skrg ni kebanyakannya dah ada kantin, tak perlu masak sndiri.. asrama pun bangunan batu 1 @ 2 @ 3 tingkat, bukan pondok kayu mcm dulu.. kemudahan pun dah banyak diberikan, cthnya ada tukang kebun sndiri, makmal sains / kemahiran hidup sndiri, dsb..
Suasana lak, mcm admin ckp td, batasan jantina sangat dititikberatkan.
Subjek yg ditawarkan :
Tingkatan 1-4 (12 subjek) :
al-Qur`an, Fiqh & Faraidh (fiqh & pembahagian pusaka), Tauhid, Hadith, Tafsir, Usul Fiqh, al-Tarikh al-Islamiy (sejarah islam), Qawaid (nahu & sorof = tatabahasa arab), Insya`& Mutola’ah (karangan & bacaaan), Nusus (kesusasteraan arab), Balaghah (kiasan arab).
Tingkatan 5 & 6 (12 subjek) :
al-Qur`an, Fiqh & Faraidh (fiqh & pembahagian pusaka), Tauhid, al-Hadith & Mustholah al-Hadith (kajian hadith), Tafsir & Ulum al-Qur`an, Usul Fiqh, Mantiq (ilmu logik @ perdebatan), al-Tarikh al-Islamiy (sejarah islam), Qawaid (nahu & sorof = tatabahasa arab), al-’Arudh & al-Qofiyah (kajian bait-bait syair arab), Insya`& Mutola’ah (karangan & bacaaan), Adab & Nusus (sastera &kesusasteraan arab), Balaghah (kiasan arab). berserta ujian lisan percakapn dlm bahasa arab.
Peperiksaan diadakan setiap setahun, 2 kali (pertengahan & akhir tahun).
Pada akhir tingkatan 2 dinamakan peperiksaan I’dadiy (berlaku di sekolah Ma’ahad Mahmud sahaja)
Pada akhir tingkataan 4 ada peperiksaan SMRA (sijil menengah rendah agama = dikelolakan oleh jabatan agama islam kedah).
Pada akhir tingkatan 5 dinamakan peperiksaan Tahiliy (dilakukan selepas SPM, berlaku di sekolah Ma’ahad Mahmud sahaja).
Pada akhir tingkatan 6 ada STAM (sijil tinggi agama malaysia = dikelolakan oleh kementerian pelajaran malaysia), STA (sijil tinggi agama = dikelolakan oleh jabatan agama islam kedah), SHAHADAH THANAWIYAH (sijil 4 thanawi / tamat sekolah arab = dikelolakan oleh sekolah sendiri).
Sekadar satu perkongsian pengetahuan. Terima kasih.
Sama-sama playar_idup,
semoga penerangan saudara/ri itu dapat membantu sesiapa yang hendak melanjutkan pelajaran / pelajaran anaknya ke sekolah arab lebih-lebih lagi adibah juhari yang mengemukakan soalan. Anak kawan-kawan saya juga ada yang melanjutkan pelajaran ke luar negeri Johor seperti Kedah, Pahang, Kelantan, terengganu, Melaka dan lain-lain. Giliran anak saya nanti ke mana agaknya ye? Wallahua’lam, yang pasti insyaAllah ke sekolah agama juga walaupun dia bercita-cita hendak menjadi jurutera. Tiada masalah bukan?
assalamualaikum macam mana nak masuk mykrk ni?saya tak tau.
Waalaikumussalam. Nak masuk apa maksud saudari ni? Blog ni datang dan baca saja, tak perlu daftar. ‘Login’ tu untuk admin saja kalau nak update blog.
Assalamualaikum kak. Akak ada bagi kuliah di IKIM eh? Ni yang rasa nak sentiasa follow perkembangan blog akak ni. Apa pun syukran pasal follow blog saya. wassalam.
Wa’alaikumussalam. Ya Allah, bukan bagi kuliahlah ustaz, IKUTI kuliah. Di rumah saya ada jam loceng yang akan berbunyi pada pukul 8.28 pagi setiap hari. Bila berbunyi saja, haa……… satu rumah bising, “masuk kelas, masuk kelas……… dah loceng!!!…….” Fuh, sabar jelah!
…….. senyummmmm sokmo. اطلب العلم من المهد إلى اللهد…….. tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad……..
HEHE. o dengar IKIM rupenye. tapi blog akak ni da bagus sangat dah untuk siapa2 belajar nahu sorof. alhamdulillah. semoga Allah terus istiqamahkan akak dengan perkongsian ilmu macam ni.. amin..
(53) Dan Abu Musa al-Asy’ari r.a. menceritakan, “Pada suatu hari Rasulullah saw. menyampaikan khutbah kepada kami, beliau bersabda, “Wahai manusia! Berwaspadalah terhadap syirik (yang tersembunyi) ini, kerana ianya lebih halus daripada derapan langkah-langkah kaki seekor semut (yang merayap). Lalu ditanyakan kepada baginda oleh seseorang yang dikehendaki Allah, dia bertanya,
Rasulullah saw. bersabda, “Ucapkanlah oleh kalian do’a ini:
“Wahai Rasulullah! Bagaimana kami dapat menyelamatkan diri kami daripada syirik tersebut, sedangkan ianya lebih halus daripada langkah kaki seekor semut (yang merayap)?”
اللـّـَهُـمّ َإ ِنــّـَا نـَـعُـوْذ ُبـِـكَ أ َنْ نـّـُـشـْــر ِكَ شَــيـْـئـًـا نـّـَعـْـلـَـمُـهُ
وَنـَـسـْـتـَـغـْـفِرُكَ لِـمَا لـَـمْ نـَـعـْـلـَـمْ
Allaahumma inna na’uuzubika an nusyrika syai’an na’lamuhuu wanastaghfiruka limaa lam na’lam.
(Ya Allah kami berlindung kepadaMu daripada syirik yang kami ketahui dan kami mohon ampun kepadaMu daripada syirik yang tidak kami ketahui).”
(Hr. Ahmad IV/403)
Sumber:
Penghimpun: Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi. Penyusun: Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi. MUNTAKHAB AHADITH (Terjemahan Muhammad Qosim at-Timori). 2004. Johor Bahru: JAMI’ATUL ULUM AR-RAHMAN YPI ASH SHODIQEEN & PERNIAGAAN JAHABERSA. m.s. 670-671.
assallammualaikum, pertama kali saya memang sedang cari utk pelajari bahasa arab, tapi dgn kemudahan yang ade saya tak dapat pahami dgn baik tanpa audio. bagaimana atau cara mane boleh d terangkan perkara ini.
Wassallam.
Terima kasih atas kunjungan Shahril. Maaf, di blog ini tiada kemudahan itu. Bagaimana kalau Shahril ke blog yang ini. Mudah-mudahan sesuai untuk Shahril.
Assalamualaikum semua
Waalaikumussalam Iqbal. Kaifa haaluk? Maaf ye, 2 pelajaran terakhir (Saraf & hayya bil-arabiah) gagal saya sempurnakan. Cuti sekolah pula, saya tak boleh janji untuk update blog sebab tu dalam jadual pun saya biarkan kosong. Tapi saya anggap ianya sebagai hutang yang mesti dibayar……… Mohon maaffffff banyak2.
Oh ye, nak tahu cara supaya gambar Iqbal keluar dalam komen macam gambar comel saya ini?
Pelajarinya di sini. Pastikan alamat email di blog yang Iqbal komen sama seperti alamat email yang Iqbal daftarkan di tempat buat avatar (gambar) itu. Boleh daftarkan lebih daripada satu alamat email untuk satu gambar, juga boleh lebih daripada satu gambar. Jom ke sana.
Mahu komen? Sila ke sana http://www.arabmykrk.com/komen